Sunday, 27 November 2011

Tip Untuk Penulis Siri 1

Petikan daripada Pusat Latihan Akademi Penulis:

Beberapa soalan yang mungkin bermain difikiran;

“Saya rasa saya tidak pandai menulis…..”

“Saya rasa saya tidak ada bakat….”

“Saya rasa orang lain lebih hebat..”

“Saya rasa tulisan saya tidak bagus..”

“Saya takut nanti apa kata orang lain mengenai tulisan saya”

“Saya takut karya tulisan saya ditolak oleh penerbit”

Ayat-ayat biasa pembunuh semangat. Ini yang selalu muncul di minda apabila terbaca kata kunci “MENULIS”. Apabila sebut mengenai menulis, terus terlihat

Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said

Sasterawan Negara Dato’ Osman Awang

Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad

Sasterawan Negara S Othman Kelantan

Siapa kata kita  perlu jadi seperti mereka ini? Bukan itu yang ingin kita ceritakan di sini. Kita tidak nafikan mereka ini mempunyai kecerdasan berbahasa yang luar biasa. Namun begitu tidak perlu ada kecerdasan itu untuk menjadi seorang penulis.

Cuba kita bayangkan satu situasi.

Satu ketika dahulu, pada waktu kita kecil. Kita belajar menunggang basikal. Pada kali pertama kita menunggang basikal beroda tiga.

Kemudian ia diubah kepada beroda empat (dua roda ditambah dengan dua roda di tepi). Selepas itu diubah lagi dengan membuang satu di sebelah hinggalah boleh berkayuh dengan dua roda.

Malah sekarang apabila dilihat, ada anak-anak yang pandai berkayuh hanya satu roda sahaja (dia angkat roda depan dan guna roda belakang sahaja ala-ala mat rempit).

Dalam proses tersebut ada waktunya kita terjatuh dan sebagainya. Adakah kita perlukan bakat dalam menunggang motosikal? Jawapannya ya. Adakah bakat boleh dilatih? Jawapannya juga ya.

Saya yakin dan percaya, bahawa setiap manusia itu penuh dengan bakat. Ia memang sudah tertanam dalam diri masing-masing sejak zaman kejadian awal manusia. Semua orang mempunyai kuantiti bakat yang sama. Cuma bezanya, manakah bakat yang dipupuk dan mana yang tidak.

Persoalannya di sini, bagaimana hendak mengeluarkan bakat terpendam itu? kita hendak keluarkannya ataupun tidak? Mahu berubah ataupun tidak? Mahukan kejayaan ataupun tidak? Mahu bertindak ataupun tindak?


No comments:

Post a Comment