Saturday 13 August 2011

Tip Pelajar Cemerlang Part 2

8.Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9.Dapatkan bantuan guru 
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.
10.Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.
11.Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami
pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama
Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-
jawab'.
12.Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam
proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-
rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.
Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran
pelajar.
13.Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang
pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas
perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan
akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Sunday 7 August 2011

Tip Untuk Mohon Hadiah latihan Persekutuan (Biasiswa) KPM bagi melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana/PhD Part 1

1.  Pastikan anda mendapat markah penilaian prestasi 3 tahun berturut-turut melebihi 85.
2.  Pastikan anda mempunyai added value berbanding calon-calon lain. Perkara yang boleh menaikkan added value seseorang calon ialah:
- Menulis buku
- Menulis artikel untuk surat khabar, majalah (majalah sekolah adalah medan terbaik untuk menghantar artikel kerana biasanya editor akan terus ambil artikel untuk diterbitkan berbanding majalah-majalah yang berada di pasaran)
-Membuat kajian/kajian tindakan dan kajian ini dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah atau peringkat sekolah.
-Menghantar kajian untuk diterbitkan dalam Jurnal peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
-Memberi ceramah motivasi/peperiksaan
-Menyertai dan aktif dalam badan professional.
-Menyertai badan kebajikan seperti NGO, Rukun Tetangga, PIBG,JPA, RELA, Wataniah dan lain-lain .
-Menulis kurkulum vitae mengenai diri.
3. Menulis Proposal kajian dalam bidang yang dimohon.
4. Bidang yang dipohon mestilah match dengan bidang tugas/subjek yang di ajar disekolah/institut atau sama dengan degree pertama.
5. Menulis surat sokongan (menyatakan kebaikan & kepakaran diri) & ditandatangani oleh Pengetua/guru Besar.

Insyallah jika ada perkara-perkara ini plus keterampilan diri, anda adalah calon yang dicari-cari oleh penemuduga atau KPM.





Saturday 6 August 2011

Koleksi Lagu2 Raya

Walaupun baru seminggu kita berpuasa tapi bahang raya sudah semakin terasa. Maklumlah kalau hari minggu begini sudah tentunya kita sibuk untuk shopping raya. Dalam sibuk tu, kalau tuan/puan nak dengar lagu2 raya sebagai halwa telinga boleh la download kat sini ye...........

Kadar Zakat Negeri Johor 2011/1432

Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) telah menetapkan 2 kadar zakat fitrah pada tahun 2011/1432H iaitu RM 5 atau RM 7.50 setiap seorang.
Kadar zakat fitrah sebanyak RM5 adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred super tempatan yang berharga RM1.80 sekilogram manakala kadar RM7.50 adalah untuk umat Islam yang memakan beras selain gred super tempatan.

Laman web Majlis Agama Islam Johor: http://www.maij.gov.my/
Zakat fitrah ini boleh dibayar pada amil bertauliah atau terus ke kaunter-kaunter yang terdapat di pusat membeli-belah.

Kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain di Malaysia ialah:
Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
7.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00

Mutiara Kata

  • "If  they aren't learning...then you aren't teaching."

                                                                                 ~ Anon
  • "The positive approach to discipline focuses 20% on what went  wrong, and 80% on what could be different next time."
                                                                            ~Blaine Lee

Tip Pelajar Cemerlang Part 1

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1. Optimis
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

3.Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4.Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.

5.Mulakan dari awal 
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6.Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7.Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan

semangat  untuk terus belajar.  Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

Anak Oh Anak

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

PUASA OH PUASA...

 HUKUM-HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi kepada 4:
  • Wajib Qadak
  • Wajib Qadak dan Membayar Fidyah
  • Tidak Wajib Qadak
  • Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah
1. Wajib Qadak dikenakan  ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:
  •     Kedatangan haid dan nifas
  •     Sakit yang merbahayakan 
  •     Tersangat lapar dan dahaga
  •     Dalam perjalanan
  •     Pitam 
  •     Mabuk
  •     Mengandung
  •     Menyusukan anak - berbuka kerana bimbangkan kesihatan  diri masing-masing
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan  khusus kepada :
  • Orang yang  mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak Wajib  Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
  • Kafir ( tidak beragama Islam )
  • Kanak-kanak
  • Gila
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana :
  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya
  • Tua yang tiada kuasa ( daya ) berpuasa



Salam Ramdhan