Tuesday 24 July 2012

Tip untuk mohon Pensyarah Cemerlang/Guru Cemerlang Part 2

Bagaimana Menyusun Fail/Folio
a) Bagi Permohonan Pensyarah Cemerlang
I.  Maklumat Peribadi dan Perkhidmatan
Fail A: Mengandungi sijil-sijil kelayakan akademik - UPSR/Penilaian Darjah 5, SRP/PMR, SPM/MCE, STPM, Sijil Matrikulasi/A Level, Diploma, Degree, Master, PhD dan sijil Kepakaran yang dikeluarkan IPGM KPM.
Fail B: Fail Perkhidmatan- Surat lantikan Pertama  sebagai PPPS/PPPBS, Surat Pengesahan jawaan DG 29/32/34/38/41/44/48/52/54/Jusa,  Surat lantikan sebagai Guru kanan/Ketua Jabatan,  Surat Penempatan di sekolah/PPD/JPN/IPGK/KPM dan Surat Peristiharan Harta
Fail C: Surat-surat Penilaian  prestasi tahun-tahun lepas, Sijil Anugerah Perkhidmatan cemerlang, Sijil Anugerah Biasiswa PhD/Master  dan lain-lain berkaitan prestasi.
Fail D: Sijil-sijil Penyertaan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PPPS/PPPBS
Fail E: Sijil-sijil Penghargaan sepanjang tempoh perkhidmatan
Fail F: Pengalaman mengajar mata pelajaran yang dipohon- Jadual waktu semester , Rancangan Pengajaran & pembelajaran yang disusun mengikut semester & tahun.