Monday 28 November 2011

Tip Untuk Menulis Siri 8

Oleh MQ Human Development

Hari ini kita akan berbincang FORMULA 5P yang terakhir iaitu 

PERCAYA. Penulis karya bestseller menulis apa yang mereka 
percaya dan bukannya sekadar omongan. Apa yang mereka
tulis itu adalah apa yang mereka amalkan, buat dan berpegang.

Prinsip PERCAYA ini menjadikan penulisan penulis lebih dekat

dengan pembaca. Mengapa? Apabila dia percaya dan yakin dengan
apa ditulis, ia menunjukkan bahawa pengarang itu menulis dengan
hati. Penulisan dengan hati ini dipandu dengan emosi, perasaan
dan pegangan teguh. Makin dalam percayanya pengarang kepada
penulisannya, makin mendalam para pembaca mengikutinya.

Prinsip inilah yang menyebabkan si pembaca boleh ketawa, boleh

tersenyum, boleh menangis, boleh gembira, boleh termotivasi dan
teruja disebabkan kesannya amat mendalam. Kita lihat karya
seperti Ihya Ulumuddin karangan Al-Ghazali. Benar-benar meresap
masuk ke hati nurani. Penyucian jiwa dan kalbu disulami
peringatan daripada Tuhan menggambarkan keperibadian tinggi
Al-Ghazali.

Ada sesetengah karya tulisan pakar motivasi, apabila dibaca ia

tidak membawa apa-apa kesan. Ini disebabkan ia hanya menulis
berdasarkan fakta bukan hati. Pada pandangan saya FORMULA 5P
yang kelima inilah yang paling susah untuk dibuat dan diperoleh.
Sesiapa yang sudah sampai tahap ini, dia sudah boleh ditauliahkan
sebagai penulis bestseller sepanjang zaman.

Sekarang kita sudah berdiskusi mengenai FORMULA 5P yang

memberikan kejayaan kepada pengarang bestseller. Saya yakin dan
percaya, apabila kita mula mengamal dan mengaplikasikan
prinsip-prinsip ini kita  sudah memulakan langkah menuju ke
arah penghasilan karya bestseller  Apa tunggu lagi?
Bila anda ingin memulakan penulisan ?

Walaubagaimanapun ada satu perkara yang ingin saya beritahu.

Saya dalam proses satu ebook "TEKNIK MENULIS EFEKTIF". 

ebook iniakan menyentuh satu teknik menulis yang menjadi 
pegangan beberapapengarang hebat di PTS Millennia Sdn Bhd
seperti Ainon Mohd.,Ahmad Fadzli Yusof dan Ahmad Naim Jaafar. 
Mereka membuktikan bahawa teknik ini menjadikan mereka
pengarang yang prolifik.Anda mahukan rahsia mereka? 
Nantikan kehadirannya tak berapalama lagi. 
 Terus menulis dan terus berkarya.


Tip Untuk Menulis Siri 7

Oleh MQ Human Development
Kita kembali kepada FORMULA P yang ke 4 iaitu penyelidikan. Bagi
sesebuah karya menjadi bestseller ia perlu dibuat dengan kajian
yang mendalam. Bukan sekadar bercerita yang tidak mempunyai
fakta. Seorang pengarang yang ingin jadi pengarang bestseller
perlu peka dengan situasi dan kehendak pembaca semasa. Cara yang
paling mudah bagi mengesan trend pembaca adalah berdasarkan
beberapa indikator. Indikator tersebut adalah :

a) Isu semasa terhangat sekarang dan akan datang


Para penulis harus melihat apakah isu yang sedang diperkatakan

sekarang. Sebagai contoh di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini
orang sedang sibuk bercerita mengenai cara mudah buat duit. Jadi
buku-buku yang seumpama itu memang laris dalam pasaran. Buku
mengenai bekerja dari rumah, buat duit melalui internet, MLM dan
subjek kewangan lain adalah subjek terhangat pada waktu ekonomi
gawat.

Kemudian para penulis cuba buat penilaian isu yang akan jadi

hangat di masa hadapan. Sebagai contoh sekarang sedang sibuk
diperkatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada hujung tahun
ini. Antara buku yang dijangka hangat adalah buku mengenai
kepimpinan, politik Islam, cara bercakap dan memilih pemimpin.

Kesemua ini perlu bagi memastikan karya yang dibuat diterima

pasaran pada masa betul.

b) Melihat carta bestseller tempatan dan antarabangsa


Penulis perlu peka dengan carta bestseller. Di Malaysia carta

bestseller yang popular adalah di MPH Bookstores dan Popular
Bookstores. Kedua-dua syarikat ini mempunyai rangkaian kedai di
seluruh daerah besar Malaysia. Carta mereka ini boleh dijadikat
indikator terbaik pembaca tempatan. Namun begitu berdasarkan
senarai tersebut (saya ada senarai penuh buku terbaik setiap
outlet MPH seluruh Malaysia daripada tahun 2000 hingga sekarang,
ini P&C) kita boleh lihat beberapa trend berbeza di antara satu
kawasan dengan kawasan lain. Ini menarik untuk dikaji oleh
penulis.

Carta antarabangsa yang bagus dilihat adalah Amazon.Com ataupun

PublishersWeekly.com. Kedua-duanya memberikan gambaran trend
antarabangsa. Ada kebarangkalian trendnya tidak banyak berbeza
di Malaysia. Cuma kita ada perbezaan budaya. Itu yang perlu
diambilkira. Carta yang menjadi rujukan utama di barat adalah
New York Times Bestseller List. Ini juga bagus untuk dikaji.

Berdasarkan maklumat di atas, kita boleh membuat kesimpulan

mengenai trend pembaca. Kemudian berpandukan maklumat ini kita
boleh melihat bagaimana untuk menulis karya kita. Satu lagi,
karya yang baik perlu dibanyakkan dengan cerita-cerita. Ia boleh
berdasarkan cerita-cerita lama seperti kisah dari Quran, hadis,
cerita rakyat juga cerita semasa. Cerita-cerita ini sebagai
resipi penarik kepada karya. Adunan cerita dan fakta menjadikan
karya tersebut mempunyai magnet tarikan hebat.


Tip Untuk Menulis Siri 6

Oleh MQ Human Development
Perhubungan Awam dan PublicSpeaking (Pengucapan Awam) 
yang baik adalah FORMULA 5P yang ke
3. Seorang pengarang perlu mempunyai keupayaan berkomunikasi dan
hubngan awam yang baik. Komunikasi di sini dimaksudkan boleh
bercakap dan meluahkan idea yang ada pada karya yang ditulis.
Kebanyakan pengarang melihat biarlah karyanya bercakap bagi dia.
Ini kesilapan yang besar, hanya sekadar karya tidak membina
kredibiliti karya tersebut. Pengarang perlu menambahkan
keyakinan kepada  karya dengan bercakap mengenai ideanya.

Saya ada pengalaman dengan beberapa orang pengarang, pihak

syarikat saya sudah mengaturkan satu program di sebuah kedai
rangkaian yang terkenal dan besar di ibu kota. Program tersebut
adalah bagi memperkenalkan buku karya beliau kepada umum. Inilah
antara kaedah promosi yang sering digunakan bagi menonjolkan buku
karya pengarang kepada orang ramai. Si pengarang tidak bersetuju
sebab alasannya dia tidak boleh bercakap. Bagaimana karya
tersebut hendak jadi bestseller apabila pengarangnya takut untuk
kehadapan dan menambah kredibiliti kepada buku tersebut?
Bagaimana hendak menghasilkan peminat kepada karya kita apabila
kita tidak memperkenalkannya kepada orang luar? Ini yang perlu
ditengok dan difikir oleh seorang pengarang.

Apabila kita melihat karya-karya bestseller luar yang mencecah

nilai jualan berjuta dolar. Kebanyakannya adalah daripada
pengarang yang boleh keluar dan bercakap idea karyanya. Ia
dikenali dan diminati oleh peminat buku. Stephen R. Covey,
Norman Vincent Peale, Anthony Robbins dan ramai lagi. Semuanya
bercakap dan berkomunikasi kepada orang ramai mengenai buku
mereka. Di Malaysia pun apa kurangnya, di PTS karya-karya
bestseller seperti karya Dato' Dr. Fadzilah, Ahmad Naim Jaafar,
Ahmad Fadzli Yusof, Dr. Robiah K. Hamzah dan Ann Wan Seng

adalah mereka yang bersedia bercakap idea buku mereka.

Perhubungan penulis dengan penerbit terutamanya editor perlu

dijaga dengan baik. Perhubungan inilah yang memberikan timbal
balas baik kepada buku. Ada sesetengah penulis tidak mahu
bertolak ansur dan bertoleransi dengan teguran penerbit ataupun
editor. Mereka merasakan bahawa karya mereka sudah cukup
sempurna. Penerbit dan editor bercakap bagi pihak industri.
Mereka sudah lama berada dalam industri dan memahami keadaan
pasaran buku. Apa yang mereka cakapkan menggambarkan apa
kehendak pasaran. Pengarang yang baik selalunya bertolak ansur
dan memberikan kerjasama baik kepada penerbit. Ia memudahkan
buku tersebut dinaiktaraf bersesuaian dengan kehendak pasaran.
Dalam keadaan begini, penerbit pun merasakan bahawa pelaburan
yang dibuat berbaloi dan tentu mereka akan menambahkan lagi
pelaburan kepada pengarang yang menjaga hubungan dengan mereka.


Tip Untuk Menulis Siri 5

OLEH MQ Human Development

Formula P seterusnya

Kita bertemu kembali bagi membincangkan formula seterusnya.
Tentu anda tidak sabar untuk mengkaji formula 5P ni bukan?
Apabila melihat kepada karya penulis-penulis bestseller tempatan
mahupun antarabangsa, kita dapat melihat apakah hala tuju
perjuangan mereka. Ke manakah mereka hendak di bawa pembaca.
Apakah kepercayaan yang mereka ingin kita pegang. Kesemua ini
menunjukkan bahawa penulis-penulis bestseller ini menulis dengan
berpegang kepada satu prinsip tertentu.

inilah FORMULA P KE 2 iaitu setiap pengarang perlu

ada prinsip dalam penulisan mereka. Prinsip itu mungkin dalam
bentuk ideologi, falsafah ataupun nilai murni yang ingin dipupuk.
Pengarang mempunyai prinsip diumpamakan seperti kapten yang
mempunyai kemudi. Beliau akan belayar dengan kemudi yang
dipegangnya erat dan tidak mungkin terlepas. Pengarang tanpa
prinsip umpama kapal layar yang ada kapten tetapi tiada angin.
Jadi ia berlayar betul-betul ikut nasib dan arus laut. Apabila
ditolak ke tepi, ke tepilah ia, apabila ditolak ke tengah, ke
tengahlah ia.

Apabila kita ingin menjadi seorang pengarang karya bestseller,

kita perlu ada prinsip yang kita pegang dalam penulisan kita.
Jika kita seorang Islam, kita perlu berpegang bahawa karya yang
ditulis perlu islamik. Segala hala tuju penulisan kita adalah
bagi menunjukkan bahawa Islam itu cantik, hebat dan untuk semua
orang. Apabila ia mula lari daripada ajaran Islam, BERHENTI!
Lihat balik dan ubah balik. Itu yang kita kata sebagai prinsip
dalam penulisan. Tahu bila hendak berjalan, tahu bila hendak
berhenti dan tahu berpataH balik.


Tip Untuk Menulis Siri 4

Oleh MQ Human Development,

Kita akan membongkar rahsia dan formula kejayaan penulis-penulis 

bestseller dunia dan tanahair.Kesemua ini berdasarkan penyelidikan 
yang dibuat oleh penulis kepada karya dan karakter pengarang-
pengarang bestseller.

Para pengarang bestseller selalunya merancang apa yang dia tulis

bukan hanya sebagai kebetulan. Perancangan ini dibuat secara
mantap dan efisien. Apabila ia dibuat karya ataupun artikel yang
dibuat tidak melalut dan banyak berleter. Ia akan penuh tersusun
dan menarik dibaca.

Apabila menyebut perancangan, ia bukan sahaja melibatkan isi

pada karya, tetapi juga penjadualan penghasilan karya tersebut.
Ada beberapa perkara yang perlu diperincikan dalam perancangan
iaitu :

a) Tajuk dan konsep karya

Sesebuah karya harus dimulakan dengan konsep isinya agar ia
berpijak pada bumi yang nyata bukan di awang-awangan. Kepada
siapa karya itu ditujukan? Apakah matlamat karya tersebut?
Apakah kesimpulan dan perlakuan yang dikehendaki apabila
seseorang pembaca membaca karya itu? Kesemua ini harus jelas.
Apabila kesemuanya dibuat dengan baik, barulah sesebuah karya
lebih terfokus. Tajuk juga boleh diletakkan apabila konsepnya
jelas. Namun begitu harus diingatkan di sini tajuk akhir masih
lagi hak penerbit.

b) Siapa Pembaca Karya Ini?

Para penulis seharusnya mengetahui sasaran pembaca buku yang
ditulis. Siapa? Berapa umurnya? Apa jantinanya? Apa kerjayanya?
Apabila kita mengetahui kesemua in, barulah kita dapat
menentukan pakej persembahan yang ingin digunakan. Sebagai
contoh remaja perempuan sukakan dirinya, remaja lelaki sukakan
perkara yang visual, wanita dewasa suka kepada ketrampilan dan
lelaki dewasa suka kepada pengembangan karier. Kesemua ini
memudahkan kita menentukan kaedah penulisan yang perlu digunakan

c) Berapa Halaman Buku ini?

Bilangan halaman ini selalunya ditekankan oleh pengarang yang
cukup mendisiplinkan penulisannya. Dia akan menentukan bilangan
halaman, bilangan hari penghasilan dan tarikh akhir penghasilan
karya tersebut. Sebagai contoh, apabila kita menentukan sebuah
karya yang ingin dihasilkan mempunyai 100 halaman. Tempoh masa
yang ditentukan bagi ia disiapkan adalah 3 bulan iaitu bersamaan
dengan 90 hari ataupun 12 minggu.

Pengarang yang berdisiplin menentukan bilangan halaman yang

perlu disiapkan dalam masa satu hari. Apabila kita mengambil kes
di atas, si pengarang tentu meletakkan dia perlu menyiapkan 1.3
halaman satu hari. Apabila dia terlepas hari pertama dia akan
membawa kerjanya ke hari kedua. Maka hari kedua dia akan
menyediakan 1.3 halaman ditambah dengan 1.3 halaman yang dia
tidak siapkan semalam.

Apabila dibuat begini seseorang pengarang itu boleh membuat 

perkiraan bilangan karya yang akan disiapkan setahun, dua tahun 
ataupun 10tahun akan datang. Tak percaya? Sudah ada 
pengarang yang menggunakankaedah ini dan berjaya 
menghasilkan 15 buah buku dalam masa satu tahun.
 
d) Tarikh Akhir Karya Siap

Pengarang yang baik akan menentukan tarikh akhir karyanya siap.
Ia bagi memudahkan penerbit yang ingin menerbitkan karya
tersebut merancang tarikh penerbitannya. Sebaik sahaja karya
tersebut sampai ke tangan penerbit sudah boleh terus diproses
dan memasuki ruanga editorial. Tentu karya tersebut dapat cepat
diterbitkan ke dalam pasaran.

Sunday 27 November 2011

Tip Untuk Menulis Siri 3


Oleh FAUZUL NA'IM ISHAK
 
Ada yang terfikir hendak menjadi seorang usahawan. Namun apakah bisnes yang ingin diceburi? Bisnes pertaniankah? Bisnes onlinekah? Bisnes MLMkah? Bisnes runcitkah? Ada yang hendak menjadi kerjaya baru. Melihat kerjaya yang lebih baik daripada sekarang.

Kerjaya Sebagai Seorang Penulis

Saya mempunyai ramai sahabat yang sudah mula mengorak langkah membina kerjaya dalam bidang penulisan. Menulis buku pertama, siap buku pertama tulis pula buku kedua, ketiga dan seterusnya.

Selepas beberapa lama, mereka sudah mula mempunyai pendapatan daripada royalti mereka. Mula-mula sedikit sahaja, mungkin dalam dua ke tiga ribu tertulis pada cek royalti. Pada ketika ini, mungkin masih belum 'ghairah'. Namun selepas beberapa lama, angka pada ceknya sudah berubah daripada dahulunya sekadar 4 angka (ribu), sekarang menjadi 5 angka (puluh ribu). Mula terasa kepuasannya.

Jualan Album Menurun

Percaya ataupun tidak, pengarang buku sekarang ini mendapat pendapatan lebih lumayan daripada seorang penyanyi? Pada era sekarang, era dunia tanpa sempadan. Masyarakat mudah mengakses maklumat melalui internet. Audio dan visual seperti lagu, video dan ceramah motivasi sudah berlambak disebarkan melalui internet. Ada yang diberikan secara berbayar dan banyak pula secara percuma (cetak rompak?)

Ini memberikan kesan yang cukup besar kepada industri seni suara. Di barat statistik jualan album jatuh merudum. Album yang mencecah jualan tertinggi sekarang, berbanding dahulu amat berbeza daripada sudut kuantitinya. Perbezaan jualannya mencecah lebih daripada separuh jika dibandingkan sekarang dengan 10 tahun lalu.

Kesan ini juga sudah terkena kepada industri muzik kita Malaysia. Saya dimaklumkan oleh salah seorang rakan yang berkecimpung dalam industri ini. Jumlah album yang boleh mencecah jualan 10,000 ke atas amat sedikit. Hendak dapat jualan 1,000 keping pun susah. Ini yang menyebabkan ramai penerbit muzik sekarang menukar konsep daripada menghasilkan satu album penuh kepada hanya menerbitkan single sahaja.Ia untuk membuat percubaan dalam pasaran di samping menurunkan kos produksinya.

Jualan Buku Naik

Ia berbeza pula dengan buku. Jualan buku daripada tahun ke tahun meningkat naik. Tahun ini sahaja kita melihat perkembangan mendadak jualan buku PTS secara keseluruhan sebanyak 40 peratus. Pada ketika dunia gawat, jualan buku meningkat naik. Saya sengaja membuat perkiraan royalti yang bakal diperoleh beberapa pengarang PTS.

Selepas melihat statistik jualan tahunan 2009, saya menjangkakan tahun 2010 ada beberapa pengarang PTS yang akan mendapat jumlah pendapatan royaltinya melebihi RM100 ribu. Ini amat mengagumkan saya. Dahulunya orang melihat penulisan buku tidak seksi. Tidak ada faktor WOWnya. Sekarang berubah. Dunia buku mengandungi emas yang hanya orang tertentu sahaja menemuinya.

Memang menarik untuk menjadi salah satu sumber pendapatan kepada sesiapa sahaja. Ia tergolong dalam pendapatan pasif, bekerja sedikit tetapi pendapatan berpanjangan. Ada juga beberapa individu yang membuat keputusan untuk menjadikan dunia penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ingin Menjadi Pengarang?

Ada yang berminat hendak menjadi pengarang? Menjelajahi dunia penuh misteri yang mempunyai simpanan harta karun besar ini? Saya amat cadangkan kepada sesiapa sahaja untuk menulis. Tulis apa sahaja. Bagi yang berminat dalam dunia kreatif, berkreatid dengan menulis cereka, cerpen ataupun novel. Bagi mereka berfakta dan mempunyai gudang ilmu besar. Tulis buku non fiksyen. Buku motivasi, pengurusan, pendidikan dan pentadbiran.

Apa sahaja boleh ditulis. Simpanan buku kita yang memenuhi rak-rak perpustakaan mini di rumah dan pejabat boleh dijadikan modal mula untuk tujuan itu.

Tidak tahu hendak mulakan? Bagaimana menulis cara yang baik? Teknik terbaik menulis? Gaya persembahan menangkap pembaca? Ini tentu persoalan yang bermain kepada penulis pemula atau baru.


Tip Untuk Menulis Siri 2


Petikan daripada FAUZUL NA'IM ISHAK, Jurulatih Utama Akademi Penulis Sdn. Bhd.

Apakah Buku Yang Laris Dalam Pasaran?
Soalan ini sering ditanya kepada saya di pejabat, ruang makan, forum-forum, bengkel-bengkel penulisan dan mana sahaja. Ramai yang ingin tahu buku apa yang laris dan patut ditulis oleh mereka.

Apabila menyebut buku yang laris. Semua buku boleh jadi laris. Tidak kira buku itu buku ilmiah berat, buku dalam bidang motivasi, kekeluargaan, perhubungan, bisnes, wanita, novel kanak-kanak, novel remaja dan sebagainya.

Namun ada beberapa faktor yang membezakan di antara buku yang laris dengan tidak. Faktor-faktornya adalah:

a) Pakej

Sesebuah buku perlu dipakej dengan betul. Pakej daripada sudut judul, persembahan bahasa, persembahan kulit, pakej rempah ratus dalam buku dan harganya.

b) Musim

Buku yang diterbitkan perlu mengikut musimnya. Musim ini boleh dilihat dengan melawat kedai buku. Selalunya kedai-kedai buku melancarkan program promosi berdasarkan musim tertentu. Sebagai contoh pada bulan Oktober, November dan Disember, kedai buku melancarkan program Back To School (Kembali ke Sekolah), bulan Februari sebagai bulan berkasih sayang dan sebagainya. Ini menyebabkan buku yang kita terbitkan itu boleh dimasukkan ke dalam perkiraan program promosi mereka.

c) Promosi dan Pemasaran

Program promosi dan pemasaran yang dilakukan juga amat mempengaruhi jualan buku. Buku perlu diketahui kewujudannya. Buku yang baik tetapi tidak diketahui kewujudannya akan menyebabkan ia kurang mendapat sambutan berbanding buku tidak berkualiti tetapi promosinya baik. Di sini adalah tugas bersama penulis dan penerbit. Penerbit yang baik akan menyediakan program pemasaran bersepadu. Penulis pula perlu bersedia untuk memenuhi semua program yang dirancang oleh penerbit.

Tulis Apa Sahaja

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat adalah tulis apa sahaja. Namun sebelum menulis perlu merancang terlebih dahulu penulisan. Penulisan mempunyai 3 fasa iaitu Pra Penulisan, Penulisan dan Pasca Penulisan.

Pra Penulisan adalah proses kita merancang penulisan. Bidang apa yang ingin dipilih sebagai bidang penulisan, apa pakejnya, hala tujunya dan apa yang kita ingin pembaca buat selepas membacanya.

Penulisan adalah fasa di mana kita menuliskan buku kita. Gaya persembahannya, jalan ceritanya dan ke mana kita hendak membawa pembaca kita.

Pasca Penulisan adalah fasa terakhir dan paling penting. Fasa ini saya sebut juga sebagai fasa pemurnian. Kita memurnikan isi, ayat, tatabahasa dan yang paling penting isu-isu hak cipta. Kita tidak mahu karya yang kita tulis itu mengandungi kesalahan daripada sudut hak cipta. Karya yang sebegini dikira sebagai karya plagiat dan boleh didakwa di mahkamah.

Tip Untuk Penulis Siri 1

Petikan daripada Pusat Latihan Akademi Penulis:

Beberapa soalan yang mungkin bermain difikiran;

“Saya rasa saya tidak pandai menulis…..”

“Saya rasa saya tidak ada bakat….”

“Saya rasa orang lain lebih hebat..”

“Saya rasa tulisan saya tidak bagus..”

“Saya takut nanti apa kata orang lain mengenai tulisan saya”

“Saya takut karya tulisan saya ditolak oleh penerbit”

Ayat-ayat biasa pembunuh semangat. Ini yang selalu muncul di minda apabila terbaca kata kunci “MENULIS”. Apabila sebut mengenai menulis, terus terlihat

Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said

Sasterawan Negara Dato’ Osman Awang

Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad

Sasterawan Negara S Othman Kelantan

Siapa kata kita  perlu jadi seperti mereka ini? Bukan itu yang ingin kita ceritakan di sini. Kita tidak nafikan mereka ini mempunyai kecerdasan berbahasa yang luar biasa. Namun begitu tidak perlu ada kecerdasan itu untuk menjadi seorang penulis.

Cuba kita bayangkan satu situasi.

Satu ketika dahulu, pada waktu kita kecil. Kita belajar menunggang basikal. Pada kali pertama kita menunggang basikal beroda tiga.

Kemudian ia diubah kepada beroda empat (dua roda ditambah dengan dua roda di tepi). Selepas itu diubah lagi dengan membuang satu di sebelah hinggalah boleh berkayuh dengan dua roda.

Malah sekarang apabila dilihat, ada anak-anak yang pandai berkayuh hanya satu roda sahaja (dia angkat roda depan dan guna roda belakang sahaja ala-ala mat rempit).

Dalam proses tersebut ada waktunya kita terjatuh dan sebagainya. Adakah kita perlukan bakat dalam menunggang motosikal? Jawapannya ya. Adakah bakat boleh dilatih? Jawapannya juga ya.

Saya yakin dan percaya, bahawa setiap manusia itu penuh dengan bakat. Ia memang sudah tertanam dalam diri masing-masing sejak zaman kejadian awal manusia. Semua orang mempunyai kuantiti bakat yang sama. Cuma bezanya, manakah bakat yang dipupuk dan mana yang tidak.

Persoalannya di sini, bagaimana hendak mengeluarkan bakat terpendam itu? kita hendak keluarkannya ataupun tidak? Mahu berubah ataupun tidak? Mahukan kejayaan ataupun tidak? Mahu bertindak ataupun tindak?


Sunday 30 October 2011

Buku Bakal di terbitkan

http://karyabestari.blogspot.com/2011/10/meristis-kegemilangan-saintis-islam.html
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. – Surah Fussilat: 53
Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat.
Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!
Rentetan daripada senario inilah, MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Juga membawa kita merentasi keagungan al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra’... dengan nama TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.

Antara Kandungan Menarik:
  • Membongkar Sains Para Nabi ALLAH
  • Menyelami Sumbangan Ilmuwan Islam
  • Mengenali Tokoh Saintis Barat
  • Meneroka Kegemilangan Sains Tamadun Islam
  • Mencungkil Rahsia Solat Dari Sudut Sains
  • Menggali Amalan Pemakanan Saintis Islam
  • Memerlukan Sains Untuk Mentadbir Alam
  • Mematuhi Etika Dalam Sains
  • Menyedari Kehebatan Kejadian Manusia
  • Meyakini Al-Quran Sebagai Sumber Sains

Hubungi:
Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku
Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).

Thursday 13 October 2011

Tip Pelajar Cemerlang Part 4

20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang
pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang
yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan
efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
21.Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan
untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22.Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang
diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam
bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin
menerima pelbagai tips dan petua berguna.
23.Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat
memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan
senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan
cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami
kualiti sesuatu buku rujukan.

Saturday 17 September 2011

Tip Pelajar Cemerlang Part 3

14.Siapkan tugasan yang diberi
  Pelajar                  yang      cemerlang          menyiapkan       tugasan yang      telah     diberi oleh      guru   sama ada  kerja 
dalam  kelas  atau  kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. 
Pelajar                  yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh 
guru mereka.
15.Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16.Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah
pelajaran.
17.Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
18.Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.
19.Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.  Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai- pandailah cari ubatnya.









Saturday 13 August 2011

Tip Pelajar Cemerlang Part 2

8.Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9.Dapatkan bantuan guru 
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.
10.Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.
11.Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami
pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama
Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-
jawab'.
12.Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam
proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-
rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.
Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran
pelajar.
13.Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang
pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas
perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan
akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Sunday 7 August 2011

Tip Untuk Mohon Hadiah latihan Persekutuan (Biasiswa) KPM bagi melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana/PhD Part 1

1.  Pastikan anda mendapat markah penilaian prestasi 3 tahun berturut-turut melebihi 85.
2.  Pastikan anda mempunyai added value berbanding calon-calon lain. Perkara yang boleh menaikkan added value seseorang calon ialah:
- Menulis buku
- Menulis artikel untuk surat khabar, majalah (majalah sekolah adalah medan terbaik untuk menghantar artikel kerana biasanya editor akan terus ambil artikel untuk diterbitkan berbanding majalah-majalah yang berada di pasaran)
-Membuat kajian/kajian tindakan dan kajian ini dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah atau peringkat sekolah.
-Menghantar kajian untuk diterbitkan dalam Jurnal peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
-Memberi ceramah motivasi/peperiksaan
-Menyertai dan aktif dalam badan professional.
-Menyertai badan kebajikan seperti NGO, Rukun Tetangga, PIBG,JPA, RELA, Wataniah dan lain-lain .
-Menulis kurkulum vitae mengenai diri.
3. Menulis Proposal kajian dalam bidang yang dimohon.
4. Bidang yang dipohon mestilah match dengan bidang tugas/subjek yang di ajar disekolah/institut atau sama dengan degree pertama.
5. Menulis surat sokongan (menyatakan kebaikan & kepakaran diri) & ditandatangani oleh Pengetua/guru Besar.

Insyallah jika ada perkara-perkara ini plus keterampilan diri, anda adalah calon yang dicari-cari oleh penemuduga atau KPM.





Saturday 6 August 2011

Koleksi Lagu2 Raya

Walaupun baru seminggu kita berpuasa tapi bahang raya sudah semakin terasa. Maklumlah kalau hari minggu begini sudah tentunya kita sibuk untuk shopping raya. Dalam sibuk tu, kalau tuan/puan nak dengar lagu2 raya sebagai halwa telinga boleh la download kat sini ye...........

Kadar Zakat Negeri Johor 2011/1432

Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) telah menetapkan 2 kadar zakat fitrah pada tahun 2011/1432H iaitu RM 5 atau RM 7.50 setiap seorang.
Kadar zakat fitrah sebanyak RM5 adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred super tempatan yang berharga RM1.80 sekilogram manakala kadar RM7.50 adalah untuk umat Islam yang memakan beras selain gred super tempatan.

Laman web Majlis Agama Islam Johor: http://www.maij.gov.my/
Zakat fitrah ini boleh dibayar pada amil bertauliah atau terus ke kaunter-kaunter yang terdapat di pusat membeli-belah.

Kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain di Malaysia ialah:
Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
7.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00

Mutiara Kata

  • "If  they aren't learning...then you aren't teaching."

                                                                                 ~ Anon
  • "The positive approach to discipline focuses 20% on what went  wrong, and 80% on what could be different next time."
                                                                            ~Blaine Lee

Tip Pelajar Cemerlang Part 1

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1. Optimis
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

3.Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4.Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.

5.Mulakan dari awal 
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6.Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7.Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan

semangat  untuk terus belajar.  Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

Anak Oh Anak

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

PUASA OH PUASA...

 HUKUM-HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi kepada 4:
  • Wajib Qadak
  • Wajib Qadak dan Membayar Fidyah
  • Tidak Wajib Qadak
  • Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah
1. Wajib Qadak dikenakan  ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:
  •     Kedatangan haid dan nifas
  •     Sakit yang merbahayakan 
  •     Tersangat lapar dan dahaga
  •     Dalam perjalanan
  •     Pitam 
  •     Mabuk
  •     Mengandung
  •     Menyusukan anak - berbuka kerana bimbangkan kesihatan  diri masing-masing
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan  khusus kepada :
  • Orang yang  mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak Wajib  Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
  • Kafir ( tidak beragama Islam )
  • Kanak-kanak
  • Gila
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana :
  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya
  • Tua yang tiada kuasa ( daya ) berpuasa



Salam Ramdhan



Sunday 17 July 2011

Contact

yazifik@gmail.com

Professional Membership

1. Member of National Science Teachers Association
2. Life Member of The Malaysian Solid State Science & Technology Society (MASS)
3. Life Member of Yayasan Guru Malaysia Berhad
4.  Member of  National Union of The Teaching Profession

Publication

A. Proceedings
1. Yazid Abdul Manap  dan Faridah Suratman (2011). Sikap  pelajar Terhadap Sains di beberapa buah negeri di Malaysia. Seminar Jiwa Pendidik IPG Zon Selatan Pada 20-22 Julai 2011 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
2. Yazid Abdl Manap (2009). Tinjauan awal tahap kemahiran proses sains guru-guru conversion sains di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Seminar Penyelidikan Zon Selatan 2009 Peringkat Zon Selatan  pada 20.10.2009- 22.10.2009 di Klana Resort Seremban.
3. Yazid Abdul Manap, Sairi Jasman dan Halina Kasmani (2009). Tinjauan awal tahap pengetahuan konsep sains dalam kalangan guru bukan opsen sains di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Seminar  Penyelidikan  2009 IPGKTI Peringkat Institut pada 13.8.2009 di Hotel Suria City,  Johor Bahru
4. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman  (2007). Chemical sensor based on ZnO thin film. Regional conference Solid State Science and Technology 2007 Peringkat Antarabangsa  pada   27.11.2007-29.11.2007 di  Hotel Hyatt Johor Bahru.
5. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman  .(2007). CO sensor  based on thin film ZnO:Al. Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) International workshop and conference on nanotechnology 2007  Peringkat Antarabangsa  pada    12.6.2007-15.6.2007 di  Hotel Equatorial Bangi Selangor.
6. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2007). ZnO thin film gas sensor for CO  International Conference on Advancement of Materials and Nanotechnology 2007 Peringkat Antarabangsa  pada    29.5.2007-1.6.2007 di City Bayview Hotel, Pulau Langkawi.
7. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman . (2006). Design Test Chamber System For Gas Sensor.National Metallurgical Conference 2006 Peringkat Kebangsaan   pada   9-10 Desimber 2006  di  Putra Palace Hotel Kangar Perlis.
8. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2006). A study of the sensing properties of ZnO thin film to CO
National Physics Conference 2006 Peringkat Kebangsaan   pada  6-7.12.2006 di Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur.
9. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2006). The effect of Doping and operation temperature on ZnO thin film gas sensor .Second  International  Conference On Solid State Science and Technology  2006 Peringkat Antarabangsa  pada    4-6.9.2006 di  Grand Continental Kuala Terengganu.
10. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2006). The effect of thickness on ZnO thin film gas sensor .
Annual Fundamental Science Seminar 2006 Peringkat Kebangsaan   pada  6-7 Jun 2006  di   Institut Ibnu Sina UTM.
11.  Yazid Abdul Manap (2003). Pelaksanaan PPSMI : Isu Dan Cabaran.Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Peringkat Daerah Kluang pada 15.12.2003 di SM Agama Kerajaan Johor.
12. Yazid Abdul Manap dan Hassan Ahmad. (2002). Cabaran Guru Sains dan Matematik Dalam Era Globalisasi .Seminar Isu-Isu Pendidikan 2002 Peringkat  Kebangsaan pada 24.8.2002 di Dewan Persidangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulai.
13. Yazid Abdul Manap dan Hassan Ahmad. (2001). Program  NPQH: Teori dan Amalan.Sesi Refleksi Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) Peringkat Kebangsaan pada 29.1.2001-30.1.2001 di Institut Aminuddin Baki , Genting Highlands, Pahang.
14. Yazid Abdul Manap (2000). Pendidikan Fizik  Dalam  Pembangunan Kerjaya. Persidangan ASPEN Malaysia 2000 Peringkat Antarabangsa pada 28.3.2000 -  31.3.2000 di  Dewan Besar UPSI , Tanjung Malim , Perak.

B. Research
1. Yazid Abdul Manap , Heng Lee Ling & Nazaria Mohd Amin  (2010). Gaya Pembelajaran Guru-Guru  Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di IPG Kampus Temenggong Ibrahim 
2. Yazid Abdul Manap dan Heng Lee Ling  & Nazaria Mohd Amin (2010). Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Menengah)  di IPG Kampus Temenggong Ibrahim.3
3. Yazid Abdul Manap ,Heng Lee Ling dan Nazaria Mohd Amin .(2009). Faktor-faktor  Yang Mempengaruhi Pencapaian Subjek Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kampus Temenggon Ibrahim, Johor Bahru.

C.  Project Research and Tesis
1. Yazid Abdul Manap (2009). Properties Of Zinc Oxide Thin Films Gas Sensor For Detection Of Carbon Monoxide. Tesis PhD UTM.
2. Yazid Abdul Manap (1997). Persepsi Pengguna Terhadap Restoran Makanan Segera : Satu Kajian Kes di Restoran R & B Fried Chicken Di  Kluang. Projek Sarjana UKM.
 
D.  Journal 
1. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2010). ZnO thin film Gas Sensor for CO. American Institute of Physics (AIP) Conference Proceedings. Vol 1217 .Issue 1. pp. 520-524.
2. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2008). Chemical sensor based on ZnO thin film for detection CO. Solid State Science and Technology Letters Vol. 15 No. 2.(pg. 193-199).
3. Yazid Abdul Manap, Bakar Ismail, Mohd Nor Md Yusuf, Wan Nurul Huda Wan Shamsuri, Yussof Wahab dan Zulkafli Othaman .(2007). The effect of Doping and operation temperatureon ZnO thin film gas sensor. Journal of Solid State Science and Technology Letters Vol. 14 No. 1(pg. 11-16) 

E.  Article
 1. Yazid Abdul Manap (2009).Menerokai Keajaiban Atom. Semaian Subur 2010 Edisi ke 41.