Monday, 28 November 2011

Tip Untuk Menulis Siri 5

OLEH MQ Human Development

Formula P seterusnya

Kita bertemu kembali bagi membincangkan formula seterusnya.
Tentu anda tidak sabar untuk mengkaji formula 5P ni bukan?
Apabila melihat kepada karya penulis-penulis bestseller tempatan
mahupun antarabangsa, kita dapat melihat apakah hala tuju
perjuangan mereka. Ke manakah mereka hendak di bawa pembaca.
Apakah kepercayaan yang mereka ingin kita pegang. Kesemua ini
menunjukkan bahawa penulis-penulis bestseller ini menulis dengan
berpegang kepada satu prinsip tertentu.

inilah FORMULA P KE 2 iaitu setiap pengarang perlu

ada prinsip dalam penulisan mereka. Prinsip itu mungkin dalam
bentuk ideologi, falsafah ataupun nilai murni yang ingin dipupuk.
Pengarang mempunyai prinsip diumpamakan seperti kapten yang
mempunyai kemudi. Beliau akan belayar dengan kemudi yang
dipegangnya erat dan tidak mungkin terlepas. Pengarang tanpa
prinsip umpama kapal layar yang ada kapten tetapi tiada angin.
Jadi ia berlayar betul-betul ikut nasib dan arus laut. Apabila
ditolak ke tepi, ke tepilah ia, apabila ditolak ke tengah, ke
tengahlah ia.

Apabila kita ingin menjadi seorang pengarang karya bestseller,

kita perlu ada prinsip yang kita pegang dalam penulisan kita.
Jika kita seorang Islam, kita perlu berpegang bahawa karya yang
ditulis perlu islamik. Segala hala tuju penulisan kita adalah
bagi menunjukkan bahawa Islam itu cantik, hebat dan untuk semua
orang. Apabila ia mula lari daripada ajaran Islam, BERHENTI!
Lihat balik dan ubah balik. Itu yang kita kata sebagai prinsip
dalam penulisan. Tahu bila hendak berjalan, tahu bila hendak
berhenti dan tahu berpataH balik.


No comments:

Post a Comment