Monday, 28 November 2011

Tip Untuk Menulis Siri 6

Oleh MQ Human Development
Perhubungan Awam dan PublicSpeaking (Pengucapan Awam) 
yang baik adalah FORMULA 5P yang ke
3. Seorang pengarang perlu mempunyai keupayaan berkomunikasi dan
hubngan awam yang baik. Komunikasi di sini dimaksudkan boleh
bercakap dan meluahkan idea yang ada pada karya yang ditulis.
Kebanyakan pengarang melihat biarlah karyanya bercakap bagi dia.
Ini kesilapan yang besar, hanya sekadar karya tidak membina
kredibiliti karya tersebut. Pengarang perlu menambahkan
keyakinan kepada  karya dengan bercakap mengenai ideanya.

Saya ada pengalaman dengan beberapa orang pengarang, pihak

syarikat saya sudah mengaturkan satu program di sebuah kedai
rangkaian yang terkenal dan besar di ibu kota. Program tersebut
adalah bagi memperkenalkan buku karya beliau kepada umum. Inilah
antara kaedah promosi yang sering digunakan bagi menonjolkan buku
karya pengarang kepada orang ramai. Si pengarang tidak bersetuju
sebab alasannya dia tidak boleh bercakap. Bagaimana karya
tersebut hendak jadi bestseller apabila pengarangnya takut untuk
kehadapan dan menambah kredibiliti kepada buku tersebut?
Bagaimana hendak menghasilkan peminat kepada karya kita apabila
kita tidak memperkenalkannya kepada orang luar? Ini yang perlu
ditengok dan difikir oleh seorang pengarang.

Apabila kita melihat karya-karya bestseller luar yang mencecah

nilai jualan berjuta dolar. Kebanyakannya adalah daripada
pengarang yang boleh keluar dan bercakap idea karyanya. Ia
dikenali dan diminati oleh peminat buku. Stephen R. Covey,
Norman Vincent Peale, Anthony Robbins dan ramai lagi. Semuanya
bercakap dan berkomunikasi kepada orang ramai mengenai buku
mereka. Di Malaysia pun apa kurangnya, di PTS karya-karya
bestseller seperti karya Dato' Dr. Fadzilah, Ahmad Naim Jaafar,
Ahmad Fadzli Yusof, Dr. Robiah K. Hamzah dan Ann Wan Seng

adalah mereka yang bersedia bercakap idea buku mereka.

Perhubungan penulis dengan penerbit terutamanya editor perlu

dijaga dengan baik. Perhubungan inilah yang memberikan timbal
balas baik kepada buku. Ada sesetengah penulis tidak mahu
bertolak ansur dan bertoleransi dengan teguran penerbit ataupun
editor. Mereka merasakan bahawa karya mereka sudah cukup
sempurna. Penerbit dan editor bercakap bagi pihak industri.
Mereka sudah lama berada dalam industri dan memahami keadaan
pasaran buku. Apa yang mereka cakapkan menggambarkan apa
kehendak pasaran. Pengarang yang baik selalunya bertolak ansur
dan memberikan kerjasama baik kepada penerbit. Ia memudahkan
buku tersebut dinaiktaraf bersesuaian dengan kehendak pasaran.
Dalam keadaan begini, penerbit pun merasakan bahawa pelaburan
yang dibuat berbaloi dan tentu mereka akan menambahkan lagi
pelaburan kepada pengarang yang menjaga hubungan dengan mereka.


No comments:

Post a Comment