Tuesday, 24 July 2012

Tip untuk mohon Pensyarah Cemerlang/Guru Cemerlang Part 2

Bagaimana Menyusun Fail/Folio
a) Bagi Permohonan Pensyarah Cemerlang
I.  Maklumat Peribadi dan Perkhidmatan
Fail A: Mengandungi sijil-sijil kelayakan akademik - UPSR/Penilaian Darjah 5, SRP/PMR, SPM/MCE, STPM, Sijil Matrikulasi/A Level, Diploma, Degree, Master, PhD dan sijil Kepakaran yang dikeluarkan IPGM KPM.
Fail B: Fail Perkhidmatan- Surat lantikan Pertama  sebagai PPPS/PPPBS, Surat Pengesahan jawaan DG 29/32/34/38/41/44/48/52/54/Jusa,  Surat lantikan sebagai Guru kanan/Ketua Jabatan,  Surat Penempatan di sekolah/PPD/JPN/IPGK/KPM dan Surat Peristiharan Harta
Fail C: Surat-surat Penilaian  prestasi tahun-tahun lepas, Sijil Anugerah Perkhidmatan cemerlang, Sijil Anugerah Biasiswa PhD/Master  dan lain-lain berkaitan prestasi.
Fail D: Sijil-sijil Penyertaan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PPPS/PPPBS
Fail E: Sijil-sijil Penghargaan sepanjang tempoh perkhidmatan
Fail F: Pengalaman mengajar mata pelajaran yang dipohon- Jadual waktu semester , Rancangan Pengajaran & pembelajaran yang disusun mengikut semester & tahun.

Friday, 25 May 2012

Tip Untuk memohon Pensyarah/Guru Cemerlang Part 1


Perkara-perkara yang dapat meningkatkan 'added value' calon pensyarah/guru cemerlang

a.  Penulisan
i.   Buku
ii   Modul
iii  Artikel - sekurang-kurangnya  artikel dalam majalah sekolah/IPGK. Pastikan anda menyumbangkan sekurang-kurangnya satu artikel setiap kali keluaran majalah tersebut.

b.  Penyelidikan
i.   Jalankan kajian samada berbentuk kajian tindakan atau konvensional  dengan sampel diambil diinstitusi tempat anda bertugas atau kelas yang anda ajar.
ii.  Bentangkan dapatan kajian ini diperingkat sekolah/ daerah/kebangsaan/antarabangsa.
iii   Hantarkan ketas kerja kajian ini kepada jurnal-jurnal yang anda telah kenalpasti dikeluarkan oleh organisasi yang bekaitan dengan dapatan anda.

c.    Membuat laman web/Blog sendiri
i.    Binalah laman web/blog sendiri supaya anda dapat berkongsi maklumat dengan pengguna-pengguna lain.


Wednesday, 4 January 2012

Tip Semasa Temuduga HLP & CBBP TB Sarjana/PhD Part 3

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa sesi temuduga:
1. Mengenali siapa penemuduga
- Sebaik-baiknya calon bertanya kepada urusetia siapa penemuduga yang akan menemuduganya.
- Selalunya penemuduga adalah PhD holder, maka calon hendaklah memanggil dengan panggilan Dr dan namanya. Contohnya Dr Ahmad dll.
2. Pakaian
Wanita: Sebaik-baiknya baju kurung (samada muslim atau bukan muslim), blazer berwarna gelap serta name Tag.
Lelaki: Lengan panjang (warna cerah), seluar gelap, bertali leher, blazer berwarna gelap  dan name Tag.
3. Membawa Fail Peribadi dan Bahan-bahan penulisan yang ditulis oleh calon seperti buku, kertas kerja, Modul P&P, artikel yang ditulis samada di majalah sekolah, suratkhabar, majalah yang berada dipasaran dll.
4.  Pengetahuan mengenai isu semasa
- Membaca suratkhabar arus perdana setiap hari sebaik sahaja permohonan untuk HLP/CBBP TB dihantar.
5.  Pengetahuan mengenai isu pendidikan.





















.





Sunday, 1 January 2012

Tip untuk mendapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sarjana/PhD Part 2

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa memohon HLP & CBBP TB:
1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 tahun berturut-turut (melebihi 85%)
2. Tempoh berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
3. Pengalaman dalam bidang yang dipohon.
4. Penulisan atau pembentangan kertas kerja
5.  Sumbangan di peringkat Antarabangsa/Kebangsaan
/Negeri/Jabatan

6. Purata Nilai Gred Kumulatif Ijazah Pertama
(First/second/Third Class)
7. Gred Bahasa Melayu dalam SPM
8.  Gred Bahasa Inggeris dalam SPM
9. Pernah mendapat Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang























Monday, 28 November 2011

Tip Untuk Menulis Siri 8

Oleh MQ Human Development

Hari ini kita akan berbincang FORMULA 5P yang terakhir iaitu 

PERCAYA. Penulis karya bestseller menulis apa yang mereka 
percaya dan bukannya sekadar omongan. Apa yang mereka
tulis itu adalah apa yang mereka amalkan, buat dan berpegang.

Prinsip PERCAYA ini menjadikan penulisan penulis lebih dekat

dengan pembaca. Mengapa? Apabila dia percaya dan yakin dengan
apa ditulis, ia menunjukkan bahawa pengarang itu menulis dengan
hati. Penulisan dengan hati ini dipandu dengan emosi, perasaan
dan pegangan teguh. Makin dalam percayanya pengarang kepada
penulisannya, makin mendalam para pembaca mengikutinya.

Prinsip inilah yang menyebabkan si pembaca boleh ketawa, boleh

tersenyum, boleh menangis, boleh gembira, boleh termotivasi dan
teruja disebabkan kesannya amat mendalam. Kita lihat karya
seperti Ihya Ulumuddin karangan Al-Ghazali. Benar-benar meresap
masuk ke hati nurani. Penyucian jiwa dan kalbu disulami
peringatan daripada Tuhan menggambarkan keperibadian tinggi
Al-Ghazali.

Ada sesetengah karya tulisan pakar motivasi, apabila dibaca ia

tidak membawa apa-apa kesan. Ini disebabkan ia hanya menulis
berdasarkan fakta bukan hati. Pada pandangan saya FORMULA 5P
yang kelima inilah yang paling susah untuk dibuat dan diperoleh.
Sesiapa yang sudah sampai tahap ini, dia sudah boleh ditauliahkan
sebagai penulis bestseller sepanjang zaman.

Sekarang kita sudah berdiskusi mengenai FORMULA 5P yang

memberikan kejayaan kepada pengarang bestseller. Saya yakin dan
percaya, apabila kita mula mengamal dan mengaplikasikan
prinsip-prinsip ini kita  sudah memulakan langkah menuju ke
arah penghasilan karya bestseller  Apa tunggu lagi?
Bila anda ingin memulakan penulisan ?

Walaubagaimanapun ada satu perkara yang ingin saya beritahu.

Saya dalam proses satu ebook "TEKNIK MENULIS EFEKTIF". 

ebook iniakan menyentuh satu teknik menulis yang menjadi 
pegangan beberapapengarang hebat di PTS Millennia Sdn Bhd
seperti Ainon Mohd.,Ahmad Fadzli Yusof dan Ahmad Naim Jaafar. 
Mereka membuktikan bahawa teknik ini menjadikan mereka
pengarang yang prolifik.Anda mahukan rahsia mereka? 
Nantikan kehadirannya tak berapalama lagi. 
 Terus menulis dan terus berkarya.